Geng pecah rumah dan curi motosikal tumpas 0 8974

KUCHING: Geng pecah rumah dan curi motosikal di sekitar Telaga Air dan Matang berjaya ditumpaskan dengan tertangkapnya 10 individu menerusi Ops Pintu yang dijalankan di sekitar kawasan Matang.

Operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan diketuai Inspektor Ajass bersama Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Kota Sentosa menahan 10 suspek lelaki berusia 23 hinga 41 tahun.

Berdasarkan maklumat yang diterima setakat ini mendapati kesemua yang ditangkap merupakan satu geng sindiket, dipercayai terlibat dalam jenayah pecah rumah dan curi motosikal di sekitar kawasan Telaga Air dan Matang.

Semasa serbuan dilakukan, polis turut menemui dan merampas dadah jenis syabu sebanyak 12 peket dipercayai milik suspek berusia 23 tahun yang juga dipercayai tokan dadah.

Pada jam 5.30 pagi JSJ IPD Padawan, CPJ Balai Kota Sentosa dan ahli Komuniti Kepolisan Matang Masjid Al-Bagyad memeriksa sebuah rumah di Batu 9 1/2 Jalan Matang dan menangkap tujuh suspek.Selepas itu, operasi diteruskan dan menyerbu sebuah rumah di Batu 10 Jalan Matang sekali gus menangkap tiga lagi suspek terlibat.

Polis berjaya menemui tempat suspek-suspek menyembunyikan barangan yang dirompak dan dicuri iaitu di sebuah rumah di Batu 9 1/2 dan sebuah lagi rumah di Kampung Matang Laut.

Terdapat 78 jenis barangan dirampas antaranya ‘water jet’, pemotong rumput, kasut, Playstation, mesin urut tapak kaki, beg tangan pelbagai jenama, kamera Canon EOS 50D, telefon bimbit, tab, pemain video, kompresor, gergaji berantai, kepala gerjaji berantai, pemotong papan, ‘grinder’, penggerudi, pengetam papan, hos, gitar, motosikal, tayar motosikal, perkakasan motosikal dan sebagainya.

Sehubungan itu, pengadu akan dipanggil datang ke balai untuk pengecaman barang kes di pejabat JSJ IPD Padawan.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13960

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13125

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news