Harimau Malaya tewas 0-1 di gelanggang sendiri 0 7528

Skuad Harimau Malaya tewas tipis 0-1 di laman sendiri pada perlawanan persahabatan kelas A di Stadium Hang Jebat, Krubong malam tadi.

Skuad bimbingan jurulatih Tan Cheng Hoe bermula garang apabila melakukan asakan bertubi-tubi ke gawang lawan namun gagal menghasilkan gol sehingga akhir permainan.

Gawang gol pasukan Republik Kyrgyz diuji dengan serangan merbahaya yang dilakukan oleh penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-29 dan 43 namun dua cubaan itu terkena palang.

Bagaimanapun, di babak kedua Republik Kyrgyz mendapat gol tunggal menerusi Sagynbaev Bekzhan yang menggantikan Shakirov Sherzot yang melakukan rembatan kencang menewaskan penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-68.

Cheng Hoe pula berkata menang atau gagal bukan perkara utama, apa yang lebih penting adalah pemain dapat belajar sesuatu malam ini dan mencipta beberapa peluang untuk menjaringkan gol.

“Pada malam ini saya dapat melihat lebih banyak perkembangan positif berbanding dengan perkara negatif apabila dapat melihat perubahan dalam mutu pasukan,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Gagal dapat penyudah

Beliau mengakui bahawa anak didiknya masih gagal mendapat penyudah yang baik namun melihat perkara itu sebagai satu perkara yang positif apabila berjaya mencipta beberapa peluang menguji bentang pertahanan lawan.

“Saya percaya bahawa perkara ini mampu diperbaiki pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata perlawanan malam ini berbeza daripada aksi persahabatan menentang Sri Lanka di Colombo pada 13 Oktober lepas.

“Jika dilihat bahawa pemain Republik Kyrgz mempunyai kelebihan dari segi fizikal dan taktikal…daripada itu kita dapat belajar sesuatu dari mereka yang boleh diterapkan bagi membaiki pasukan pada masa akan datang,” katanya.

Mengulas mengenai kecederaan yang dialami oleh Matthew Davies yang mengalami kecederaan pada bahagian lutut kiri ketika sesi latihan dua hari lepas, Cheng Hoe berkata pemain pertahan itu dinasihatkan berehat selama dua minggu lagi.

“Kita akan hantar Matthew buat pemeriksaan lanjut dalam masa terdekat dan saya harap beliau dapat kembali beraksi di perlawanan persahabatan ketiga menentang pasukan Maldives di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November nanti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Republik Kyrgyz Alexander Krestinin berkata Malaysia memberikan tentangan hebat kepada pasukan “helang putih” dan mereka perlu bekerja keras untuk mendapatkan kemenangan tipis itu.

– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7741

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5360

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news