Kuching: 7 orang lelaki berusia sekitar 17 sehingga 33 tahun berjaya ditangkap oleh polis kerana terlibat dalam kes pecah rumah di kawasan Kota Sentosa dan Batu Kawa.
Menurut info awal hasil pemeriksaan polis, 2 orang suspek terlibat dalam jenayah lampau iaitu penyalahgunaan dadah.
Dalam pada itu pihak polis berjaya merampas barang yang dicuri daripada kumpula itu iaitu 3 buah laptop, telepon bimbit dan 7 lagi barang yang lain.
Polis juga berjaya merampas senjata merbahaya seperti 1 bilah samurai, 1 bilah banet tni dan 10 butir peluru perbagai saiz.
Setakat ini kesemua suspek ditahan reman untuk tindakan selanjutnya dan kesemua suspek ditahan dibawah akta Sek 457 KK dan Akta Bahan kikisab letupan dan senjata berbahaya 1960