Gerald Rentap merasmikan Liga Betong dan Piala Timbalan Ketua Menteri 1 0 7668

ADUN Layar Gerald Rentap Jabu hadir merasmikan kejohanan bola sepak Liga Betong dan Piala Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) yang berlangsung di Kompleks Sukan Betong dekat sini kelmarin.

Kejohanan berprestij di bahagian Betong ini memasuki edisi ke-20, disertai  sembilan pasukan yang bakal merebut hadiah keseluruhan wang tunai berjumlah RM14,300 di samping piala pusingan dan hadiah iringan yang lain.

Penganjuran kejohanan ini memberi kekuatan kepada Persatuan Bolasepak Bahagian Betong (BDFA) bagi memenuhi aspirasi dan keunggulan kejohanan sekali gus menjadikan mereka badan induk yang kukuh menjayakan kejohanan setiap tahun.

Pada masa yang sama, Rentap yang juga antara penyumbang dana BDFA sentiasa berharap persatuan tersebut akan menjadi penyumbang kepada pembangunan bola sepak di negeri ini dengan melahirkan ramai bakat baharu yang boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Beliau percaya badan induk sukan bola sepak di bahagian Betong itu, akan memberi inspirasi buat pemain dan pasukan yang mempunyai barisan pemain sedia ada untuk terus mendorong mereka meneruskan latihan dan menyertai kejohanan dalam usaha menganjurkan kejohanan terbabit.

Sementara itu, Presiden BDFA Nelson Kloni Kanang begitu yakin bahawa pihaknya berjaya membantu pemain muda mengetengahkan bakat masing-masing dalam sukan bola sepak.

“Inilah impian kita yang ingin melihat belia yang berminat dalam bidang sukan ini  terus berjaya dilahirkan dan memberi peluang untuk mereka aktif.

“Sumbangan dana daripada wakil rakyat di kawasan Betong yang merangkumi dari kawasan Betong, Spaoh, Debak, Pusa, Beladin, Maludam, Saratok sehingga ke Kabong adalah dialu-alukan dalam memberi semangat dan pengurusan yang lebih fokus dan terjamin,” ujarnya.

Sepak mula kejohanan disempurnakan Rentap sebelum aksi bermula sekali gus menyaksikan perlawanan pertama kumpulan B yang mempertemukan pasukan Bersepai FC menentang PBH 45. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15394

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8417

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news