Gerhana Matahari Anulus Bakal Pukau Peminat Astronomi 0 6527

KOTA KINABALU, 23 Jan (Malaysiaaktif) – Tahun 2019 memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyaksikan Gerhana Matahari Anulus yang akan berlaku pada 26 Disember nanti.

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Zahira Mohd Radzi berkata, fenomena berkenaan merupakan antara fenomena samawi yang dinanti-nantikan oleh peminat astronomi di seluruh dunia.

“Fenomena Gerhana Matahari Anulus atau gerhana cincin berlaku apabila bumi, bulan dan matahari berada pada kedudukan sejajar.

“Walau bagaimanapun, kedudukan bulan dan Bumi yang agak jauh menyebabkan bulan tidak dapat menutupi permukaan matahari sepenuhnya.

“Oleh yang demikian kita dapat saksikan matahari seolah-olah mempunyai bulatan nipis seperti cincin.

“Orang ramai tidak perlu risau dengan fenomena ini kerana ia merupakan fenomena biasa yang berlaku dan ia akan menyebabkan suhu yang agak rendah pada tempoh masa yang amat singkat,” katanya semasa dihubungi pemberita.

Menurut Zahira, laluan gerhana akan bermula di Arab Saudi dan bergerak ke timur melalui selatan India, utara Sri Lanka, beberapa bahagian Lautan Hindi dan Indonesia sebelum berakhir di Lautan Pasifik.

Selain itu, gerhana matahari separa dapat disaksikan di kebanyakan kawasan di Asia dan utara Australia.

Pada saban tahun terdapat empat jenis fenomena gerhana matahari yang dapat disaksikan di seluruh dunia iaitu gerhana matahari separa (partial solar eclipse), gerhana matahari penuh (total solar eclipse), gerhana matahari anulus atau cincin (annular solar eclipse) dan gerhana matahari hibrid annular-penuh (annular-total / hybrid solar eclipse).

Fenomena hujan meteor yang dirakam di Kampung Sungai Padang, Papar pada tahun 2014 oleh Harris Mc Horror
Fenomena hujan meteor yang dirakam di Kampung Sungai Padang, Papar pada tahun 2014 oleh Harris Mc Horror

Zahira turut berkongsi antara fenomena lain yang menarik bakal berlaku adalah fenomena Supermoon atau Perigee yang mana Bulan akan berada pada jarak paling dekat dengan bumi.

“Tahun ini kita dapat menyaksikan tiga fenomena Fenomena Supermoon yang akan berlaku pada 21 Januari, 19 Februari dan 21 Mac.

“Bulan penuh pada 19 Februari merupakan jarak paling dekat dengan bumi untuk tahun 2019 iaitu 356,846 kilometer (km) berbanding 357,715 km pada 21 Januari dan 360,772 km pada 21 Mac.

Selain fenomena angkasa, peminat fotografi juga boleh merakam ‘Startrails’ iaitu pergerakan bintang seperti gambar di atas. Gambar ihsan – William Chin
Selain fenomena angkasa, peminat fotografi juga boleh merakam ‘Startrails’ iaitu pergerakan bintang seperti gambar di atas. Gambar ihsan – William Chin

“Manakala, bulan akan berada pada jarak paling jauh dari bumi (apogee) pada 5 Februari dengan jarak 406,555 km dan pada 14 September sejauh 406,377 km,” terangnya.

Tambah Zahira, pada 2019 kenampakan hujan meteor agak kurang memberangsangkan disebabkan adanya cahaya bulan pada malam kejadian fenomena berkenaan.

Katanya, antara hujan meteor yang menjadi tumpuan peminat astronomi adalah Quadrantids (3-4 Januari), Lyrids (22-23 April), Eta Aquarids (6-7 Mei), Delta Aquarids (28-29 Julai), Perseid (13-13 Ogos), Draconids (9-10 Oktober), Orionids (21-22 Oktober), Taurid Utara (13-14 November), Leonid (17-18 November) dan Geminids (13-14 Disember).

Hujan Meteor yang dirakam oleh Dr Esmar Abdul Hamid di Jeti Jangkit, Kuala Penyu
Hujan Meteor yang dirakam oleh Dr Esmar Abdul Hamid di Jeti Jangkit, Kuala Penyu

Menurutnya lagi, dunia juga bakal mengalami fenomena Ekuinoks pada 21 Mac pada pukul 5.58 pagi yang dikenali sebagai Ekuinoks Musim Bunga dan Ekuinoks Musim Luruh pada 23 September 2019 pukul 3.49 petang.

“Ekuinoks merupakan fenomena astronomi, matahari akan berada di kedudukan sejajar dengan Garisan Khatulistiwa dengan sudut keserongan 0 darjah.

“Ini akan menyebabkan bumi dan matahari berada pada jarak paling dekat dalam sistem suria.

Perbezaan size bulan semasa fenomena perigee dan apogee yang dirakam di Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson
Perbezaan size bulan semasa fenomena perigee dan apogee yang dirakam di Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson

“Ekuinoks pada bulan Mac menandakan musim bunga di Hemisfera Utara dan musim luruh di Hemisfera Selatan manakala Ekuinoks pada September menyebabkan musim luruh di hemisfera Utara dan musim bunga di Hemisfera Selatan,” katanya.

Tambah Zahira, perubahan cuaca dan kepanasan melampau yang berlaku pada tahun sebelum ini bukanlah disebabkan oleh fenomena Ekuinoks semata-mata tetapi juga disebabkan oleh pelbagai faktor lain.

Selain itu, gerhana bulan separa juga akan berlaku pada 17 Julai jam 5:31 pagi.

Zahira turut meminta orang ramai agar sentiasa mendapatkan maklumat sahih berkaitan fenomena angkasa dan astronomi daripada agensi berkenaan sebelum menyebarkan kepada orang lain bagi mengelakkan suasana cemas dalam kalangan masyarakat.

Untuk maklumat lanjut berkenaan fenomena dan aktiviti angkasa, orang ramai boleh menghubungi Unit Penyelidikan Sains Angkasa, ANGKASA di talian 03-31824000 atau melayari laman web www.angkasa.gov.myatau media sosial ANGKASA. – MalaysiaAktif

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13856

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13025

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news