Gobind Singh Deo mahu cungkil bakat kreatif anak Sarawak 0 6083

KUCHING: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memberikan penekanan kepada industri kreatif, khasnya di Sarawak menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Sarawak, kata menterinya Gobind Singh Deo.

Initiatif tersebut merupakan antara enam teras nasional KKMM dalam meningkatkan perkhidmatan penyampaian maklumat dan kandungan di setiap agensinya bagi tahun ini.

Beliau berkata industri kreatif memainkan peranan penting dalam mempersembahkan keistimewaan yang ada di negeri ini dan tidak hanya tertumpu di Kuala Lumpur sahaja.

“Dengan jumlah penduduk yang ramai, contohnya di Sarawak yang mempunyai 2.4 juta orang penduduk, saya percaya pasti ada di antara mereka di luar sana yang mempunyai idea kreatif dan bakat terpendam dalam menghasilkan kandungan yang terbaik,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat KKMM di Auditorium P.Ramlee di sini, semalam.

Justeru itu, katanya kementerian meminta Finas untuk memulakan proses ‘pitching’ di sini dan mencari orang yang terlibat dalam pembuatan filem, cerita pendek, dokumentari dan sebagainya untuk mengemukakan cadangan.

Ini adalah lawatan kerja sulung Gobind Singh Deo ke Sarawak selepas dilantik sebagai Menteri KKMM pada Mei tahun lepas.

Dalam pada itu, beliau juga mahu agensi di bawah kementerinya iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sarawak, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Jabatan Penerangan menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti dan terkini.

“Dalam usaha untuk menyampaikan maklumat, RTM, Bernama dan Jabatan Penerangan haruslah efektif, pastikan maklumat yang disalurkan kepada rakyat adalah tepat, pastikan mesej yang disampaikan itu sama dengan konteks asal,” katanya.

Seramai 300 warga agensi di bawah KKMM, iaitu Jabatan Penerangan, RTM, Bernama, Finas, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Telekom Malaysia dan Pos Malaysia menyertai Majlis Amanat tersebut. -Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13008

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12482

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news