Gol hebat Ronaldo lonjak Juventes 0 6103

MILAN: Cristiano Ronaldo meledak dua jaringan termasuk gol menakjubkan dari jarak 22 meter ketika juara Itali, Juventus melonjak tujuh mata di depan dalam Serie A awal pagi tadi susulan kemenangan 2-1 di Empoli.

Empoli, yang tidak menang sejak minggu pertama musim ini, mendahului pada minit ke-28 di Stadio Carlo Castellani apabila Francesco Caputo melencongkan bola ke dalam jaring selepas larian pantas Afriyie Acquah.

Namun Juventus mengharapkan pemain bernilai 100 juta euro (RM476 juta) Ronaldo pada babak kedua dengan penyerang Portugal itu menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-54 sebelum merembat masuk gol kedua mengagumkan bagi melakar kemenangan kesembilan dalam 10 perlawanan Serie A buat anak buah Massimiliano Allegri.

“Ia perlawanan yang amat sukar. Kami sedar ia pasti sukar apatah lagi selepas bermain dalam Liga Juara-Juara dan kami agak letih,” kata Ronaldo kepada Sky Sport Italia.

“Kami tetap bersaing, meningkatkan penguasaan bola, mencipta lebih banyak peluang selepas rehat dan akhirnya berhak meraih kemenangan ini.

“Saya tak ingat gol itu dengan jelas, saya perlu menyaksikannya sekali lagi! Ia berlaku terlalu pantas, tapi saya rasa yakin dan cuba menjaringkan gol.”

Selepas seri 1-1 dengan Genoa hujung minggu lalu, Ronaldo melengkapkan minggu lebih berjaya buat Juve apabila dia melakukan rembatan jarak jauh yang gagal diselamatkan 20 minit sebelum tamat.

“Saya beritahu mereka, ini perlawanan yang kami perlu menang, tidak kira bagaimana bagus atau buruk kami bermain,” kata Allegri.

“Gol itu satu saat magis daripada seorang pemain luar biasa dan ia sesuatu yang cuba ditiru kanak-kanak sekolah.”

Gol sendiri oleh penjaga gol Fiorentina, Alban Lafont membantu Torino tidak kalah dalam lima perlawanan selepas seri 1-1, manakala Atalanta meraih kemenangan kedua berturut-turut apabila mereka menewaskan pendatang baru Parma 3-0. – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7793

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5407

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news