Google gantung operasi perniagaan dengan Huawei 0 7703

Google telah menggantung operasi perniagaan bersama Huawei dengan serta-merta sekaligus memaksa jutaan pengguna peranti telefon pintar itu menerima impak dramatik.

Menurut sumber, Huawei akan kehilangan akses kepada kemas kini sistem pengendalian Android. Selepas ini, telefon pintar Huawei versi luar China akan kehilangan akses kepada aplikasi dan perkhidmatan popular termasuk aplikasi Google Play Store dan Gmail.

Ini bermakna tiada lagi kemas kini keselamatan Android untuk peranti yang baru dan lama termasuk model yang baru dilancarkan iaitu P30 dan P30 Pro, Mate 20 Pro dan banyak lagi.

Google mengambil tindakan berkenaan selepas pengumuman Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat pada Rabu lalu yang meletakkan Huawei dalam senarai hitam perdagangan berikutan pesanan eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.-Buletin TV3

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13009

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news