GPS benteng halang parti luar ke Sarawak – Wan Junaidi 0 6252

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) berikrar tidak akan sesekali ‘menyerahkan’ Sarawak untuk dipimpin oleh mana-mana parti politik termasuk Pakatan Harapan (PH) melainkan parti asal negeri ini.

Pemimpin veteran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata rakyat sepakat mahukan parti-parti tempatan sendiri memerintah Sarawak kerana menyedari hanya mereka (parti) lebih arif tentang kehendak negeri ini.

Beliau berkata, tiada keperluan untuk membawa parti dari Semenanjung ke Sarawak terutama dalam memperjuangkan hak-hak Sarawak yang terhakis sebelum ini.

“Sarawak gembira apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan pendaftaran GPS. “Kelulusan ini memberi peluang kita mempromosikan GPS dan tidak lagi terkongkong dengan cerita-cerita lama ketika bersama Barisan Nasional (BN),” kata Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong ketika ditemui media selepas majlis penyampaian geran projek kecil luar bandar (MRP) di Pusat Khidmat Parlimen Santubong di sini, hari ini.

Wan Junaidi menambah, susulan kelulusan itu, GPS akan mengadakan jerayawara bagi menerangkan matlamat perjuangan parti itu kepada seluruh rakyat Sarawak.

“Kita sudah membuat persediaan untuk mengadakan jerayawara ini beberapa bulan lalu sementara menunggu kelulusan Jabatan Pertubuhan Pendaftaran (ROS),” katanya sambil menambah, logo dan bendera GPS akan dihebahkan kepada umum dalam tempoh terdekat.

GPS terdiri daripada empat parti iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

GPS ditubuhkan selepas empat parti ini mengambil keputusan keluar dari BN susulan kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Pada majlis itu, Wan Junaidi menyerahkan geran MRP berjumlah RM114,300 kepada 40 pertubuhan bagi kawasan Parlimen Santubong untuk membantu usaha mereka menjalankan aktiviti di kawasan masing-masing.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13146

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12617

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news