GPS tidak ambil mudah kenyataan PKR nak tawan Sarawak – Abdullah 0 6636

KUCHING: Hasrat bekas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr WanAzizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengulangi untuk menawan Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri akan datang sememangnya sudah dijangkakan.

Namun perlu diingatkan, bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak akan dan tidak pernah mengambil mudah mengenai perkara tersebut, walaupun pentadbiran persekutuan telah diambil alih oleh Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada enam bulan yang lalu.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol berkata kerajaan Sarawak yang diterajui oleh GPS telah menghormati pilihan rakyat dan sentiasa bersedia untuk saling bekerjasama dengan pentadbiran persekutuan baharu, dalam konteks perlembagaan dan semangat federalisme.

“Majoriti rakyat Sarawak sudah lama mendengar dan memerhatikan gaya kempen populis dan antagonis oleh pemimpin PH. Walaupun bunyinya mungkin baik untuk menjadi kenyataan, tetapi ia boleh dipercayai…itulah yang berlaku pada pilihan raya umum yang lalu.

“Mana-mana rakyat biasa yang berfikiran sederhana di negara ini memerlukan perubahan dalam pentadbiran agar lebih bersih dan cekap, selain berkehendakkan lebih banyak pembangunan infrastruktur seperti mana yang dipengaruhi oleh janji-janji PH dan oleh itu, undi rakyat memihak kepada PH,” katanya mengulas mengenai perkembangan itu semalam.

Bagaimanapun sekarang, beliau berkata rakyat Sarawak telah memerhatikan dengan teliti cara para pemimpin PH mentadbir kerajaan persekutuan, serta memantau perkara yang paling penting dalam semua janji mereka, yang mereka yakin akan memenuhinya.

“Lihatlah, apa yang berlaku kepada ekonomi negara selepas PH mengambil alih. Sejumlah besar dana asing akan keluar, keyakinan pelabur berkurangan dan penarafan Petronas telah menurun.“Adakah mereka memenuhi janji 100 hari mereka?

Mungkin rakyat di negara ini cukup baik untuk memberi mereka lebih banyak masa,” ujarnya.Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop itu, apa yang sering kedengaran dari para pemimpin PH di kerajaan persekutuan adalah hanya janji-janji palsu.

Dalam pada itu, Abdullah menyifatkan bahawa pembentukan PKR pada tahun 1998 pada dasarnya adalah untuk menggulingkan seorang Perdana Menteri,yang memegang tampuk kepimpinan negara selama 22 tahun dan bersama-sama dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) menentangnya sebagai diktator yang sangat rasuah.

Ironinya, pemimpin yang sama itu pula dijulang kembali oleh PKR dan DAP dalam mewujudkan ‘Malaysia Baru’.Menyentuh tentang Belanjawan Negara 2019 yang dibentangkan baru-baru ini, Abdullah berkata tidak melihat apa-apa istimewa diberikan kepada Sarawak dalam bajet tersebut.

Malah, katanya perkara paling kecil yang diberikan kepada Sarawak semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini, juga tidak diberikan oleh kerajaan PH seperti geran untuk penyukatan perimeter tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan geran khas untuk membina rumah panjang baharu.

Turut mengejutkan rakyat Sarawak, apabila kerajaan persekutuan mengumumkan bahawa royalti untuk minyak dan gas Sarawak harus diperolehidaripada keuntungan.

“Itulah yang berlaku, GPS dan majoriti rakyat Sarawak membantahnya,” tegas beliau.Sehubungan itu, Abdullah berkata persoalan besar yang perlu dipertimbangkan oleh rakyat Sarawak adalah apa yang boleh diharapkan daripada pemimpin PH, yang telah dengan bangga mengatakan bahawa manifesto atau janji pilihan raya mereka bukanlah ‘kitab suci’ yang mereka wajib ikut.

Manakala, katanya ketika kerajaan negeri berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan isu sekolah usang di Sarawak, menteri PH pula menunjukkan kebijaksanaan politik mereka dengan memperkenalkan dasar baharu tentang memakai kasut hitam ke sekolah dan mungkin pakaian seragam untuk para guru.

“Kami di Sarawak serius tentang pendidikan dan cukup berbuat baik dengan menawarkan Kementerian Pendidikan pinjaman sebanyak RM1 bilion tetapi mereka tidak pernah menjawab secara positif mengenai tawaran yang ikhlas ini, sebaliknya ia dipolitikkan,” katanya.

Pada masa sama, Abdullah berkata kerajaan persekutuan dalam belanjawan mereka juga tidak menawarkan apa-apa untuk kebajikan nelayan dan petani, sebaliknya mencadangkan agar tidak bergantung kepada belanjawan persekutuan.

Tidak seperti Sarawak, katanya kerajaan negeri telah mempunyai rekod pentadbiran yang terbaik dalam menguruskan kewangan, ekonomi dan sumber negeri.

Justeru, beliau yakin rakyat Sarawak mampu menilai dan membuat pilihan yang lebih baik apabila tiba masanya nanti, dalam menentukan kepimpinan negeri ini.

“GPS mengamalkan budaya politik yang sederhana namun teguh, politik yang sihat dengan memberi tumpuan kepada semua rakyat untuk pembangunan prasarana, mengekalkan keamanan dan keharmonian di anatar pelbagai kaum dan agama.

“Tidak ada tempat di Sarawak untuk orang yang menyokong budaya politik jahat, ketaksuban dan politik hasutan seperti yang diamalkan oleh ahli politik di Semenanjung Malaysia,” tegasnya.

Bahkan, katanya cadangan untuk melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Audit Negara dalam Jawatankuasa Tender Negeri juga jelas membuktikan kesungguhan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam mengukuhkan integriti pentadbirannya.

Abdullah turut menekankan bahawa melindungi dan memperjuangkan hak serta kepentingan Sarawak adalah menjadi tunjang keyakinan politik GPS, dalam mengharungi Pilihan Raya Negeri akan datang.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13941

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13098

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news