Had dua penggal PM, MB dan KM tidak terpakai di Sarawak, perlu pinda perlembagaan negeri 0 6767

KUCHING: Cadangan mengehadkan tempoh perkhidmatan jawatan perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri kepada dua penggal tidak terpakai di Sarawak, sekiranya ia diluluskan di Parlimen.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia kerana Sarawak mempunyai autonominya sendiriselain perlu meminda Perlembagaan Negeri terlebih dahulu.

“Secara prinsipnya ia adalah langkah yang baik..tetapi Sarawak ada autonomi sendiri dan begitu juga Sabah ada autonominya.

“Ia tidak (terpakai) kerana kita perlu meminda Perlembagaan Negeri dimana kita ada autonomi kita sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sebuah hotel butik di sini, hari ini.

Bagi Sarawak kata Abang Johari, ia harusditeliti terlebih dahulu selain mendapat perbincangan daripada semua parti politik Sarawak.

“Kita perlu melihat bagaimana pandangandan saya kena berbincang dengan semua parti politik untuk mendapatkan pandangan mereka terlebih dahulu,” katanya.

Sementara itu semalam, Perdana MenteriTun Dr Mahathir Mohamad berkata langkah reformasi politik pentadbiran Pakatan Harapan (PH) termasuklah mengehadkan tempoh perkhidmatan jawatan perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri kepada dua penggal.

“Langkah segera untuk mereformasi sistem politik akan dilaksanakan. Tempoh perkhidmatan jawatan perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri akan dihadkan kepada dua penggal.

“Perdana menteri juga tidak akan memegang portfolio lain,” kata Dr Mahathir. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12932

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12218

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news