Harap Sarawak berpuashati dengan peruntukan RM4.4 bilion 0 5772

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Sarawak diharap berpuas hati dengan peruntukan yang diberi dalam Belanjawan 2020 kerana kerajaan pusat telahpun menambah sekali ganda jumlah peruntukan berbanding dengan bajet terdahulu.

Belanjawan 2020 memperuntukkan RM5.2 billion untuk Sabah dan RM4.4 billion untuk Sarawak.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata Sarawak merupakan negeri kedua tertinggi yang menerima peruntukan Belanjawan 2020 selepas Sabah.

“Itu menunjukkan pihak kerajaan Persekutuan memberikan keutamaan kepada Sabah dan Sarawak di mana mereka memperoleh peruntukan yang tinggi (berbanding negeri-negeri lain),” katanya kepada pemberita di taklimat pasca-Belanjawan 2020 di Parlimen hari ini.

Beliau menjawab keluhan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Dr. Sim Kui Hian yang tidak berpuas hati dengan peruntukan kerajaan Persekutuan untuk negeri bumi kenyalang itu yang dianggapnya tidak mencukupi.

Lim mempersoalkan kenapa isu itu harus timbul kerana kerajaan negeri Sarawak tidak pernah dapat peruntukan setinggi ini daripada pentadbiran kerajaan persekutuan yang dulu.

“Semakan (peruntukan bagi negeri Sarawak) tidak dibuat sejak tahun 1969 tetapi kami (Pakatan Harapan) telah melaksanakannya dengan tambahan sekali ganda.

“Sekiranya sewaktu pentadbiran kerajaan lama mereka boleh berpuas hati sungguhpun dapat jumlah yang kurang, tetapi mengapa kini mereka sudah dapat lebih mereka masih tidak berpuas hati?,” tanya beliau. – BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12984

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12364

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news