Harga minyak mentah susut 0 5661

TOKYO: Harga minyak mentah susut hari ini dan menuju ke landasan kerugian mingguan ketiga selepas Gabenor Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) Arab Saudi berkata pasaran boleh mengalami lebihan bekalan.

Ia berikutan kebimbangan pertumbuhan yang melanda ekuiti global minggu ini.

Niaga hadapan Brent berada susut 45 cents atau 0.6 peratus kepada AS$$76.44 setong. Penanda aras global itu menuju ke arah kerugian mingguan sebanyak 4.2 peratus.

Minyak mentah AS pula susut 56 cents atau 0.8 peratus kepada AS$66.77 setong. Penanda aras AS itu juga sedang dalam landasan untuk kerugian sebanyak 3.4 peratus minggu ini.

Pada Khamis, Adeeb Al-Aama memberitahu Reuters bahawa pasaran minyak mentah boleh mengalami lebihan bekalan pada suku keempat.

“Pasaran dalam suku keempat boleh berubah ke arah lebihan bekalan kerana terdapat peningkatan inventori dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Tenaga Arab Saudi, Khalid Al-Falih berkata perlunya ada campur tangan untuk mengurangkan bekalan minyak mentah selepas peningkatan dalam beberapa bulan kebelakangan ini. -REUTERS

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13012

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news