SINGAPURA: Harga minyak turun lagi hari ini selepas susut ketara pada sesi sebelumnya.
Ia berikutan data ekonomi China yang lemah pada September menambah kebimbangan berhubung daya maju perjanjian perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang diumumkan Presiden Trump lewat minggu lalu.
Niaga hadapan minyak mentah Brent susut 30 sen atau 0.5 peratus kepada AS$59,067 satu tong pada 0142 GMT, manakala kontrak niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) pada AS$53.38 satu tong, turun 21 sen atau 0.4 peratus.
“Eksport dan import China pada September menyusut lebih besar daripada jangkaan, ketika mana tarif yang berterusan dan kelembapan dalam permintaan global melemahkan permintaan,” kata penganalisis di bank ANZ dalam nota penyelidikan.
Keraguan berhubung perjanjian antara Washington dan Beijing, yang direka untuk menamatkan perang perdagangan yang kejam antara dua ekonomi terbesar di dunia itu, juga menyebabkan sentimen kekeal lemah, kata ANZ.
Pertikaian AS-China menyelubungi prospek pertumbuhan ekonomi global, dan meninggalkan tanda tanya kepada permintaan minyak masa depan. – Reuters