Hanya sedar diri ditipu selepas diarahkan membayar RM20,000 lagi 0 5737

SIBU: Seorang lelaki berusia 42 tahun mengalami kerugian lebih RM42,000 selepas ‘bercinta’ dengan seorang lelaki kononnya dari Sweden yang baharu dikenali melalui media sosial bulan lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit, mangsa berkenalan dengan individu menggunakan akaun ‘Michael Bill’ dalam Facebook pada 21 September lalu dan suspek juga telah menghantar foto peribadi kepada mangsa.

“Suspek telah memberitahu mangsa bahawa dia akan pergi bercuti ke Malaysia dan berhasrat untuk berjumpa dengannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Setelah saling berhubung, suspek memberitahu mangsa dia sudah sedia bertolak ke Malaysia dari lapangan terbang Sweden pada pukul 11 malam pada 11 Oktober.

Stanley berkata, mangsa pada 12 Oktober menerima satu panggilan telefon daripada seorang wanita bernama ‘Siti Zara’ yang memperkenalkan diri sebagai pegawai kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, mendakwa Michael ditahan kerana membawa wang tunai USD90,000 tanpa diisytiharkan.

“Mangsa diarah membayar sejumlah wang untuk membolehkan Michael dilepaskan dan juga untuk pembayaran insurans dan cukai untuk membolehkan Michael membawa masuk wang itu ke negara ini,” katanya.

Tanpa curiga, mangsa hanya mengikut seperti yang diarahkan dan membuat pemindahan wang sebanyak 11 transaksi berjumlah RM42,300 ke dalam sebuah akaun bank antara 12 hingga 14 Oktober.

Pada hari yang sama, mangsa turut diarah untuk membayar RM20,000 dan sebagai penjamin, dan akan ditangkap jika tidak membuat pembayaran itu.

Stanley berkata, mangsa yang terasa tertipu oleh pemanggil bertindak membuat laporan polis pada 14 Oktober.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” tambah beliau. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13010

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news