Harga petrol lebih rendah mula 1 Januari ini 0 5954

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menyelaraskan harga runcit produk petroleum termasuk RON95 kepada harga yang lebih rendah mulai 1 Januari ini berikutan penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara minguan, sejajar dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia ketika ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata perkara itu akan memberikan kelebihan kepada pengguna jika harga minyak dunia sedang naik, namun disebabkan trend harga minyak adalah menurun, maka kerajaan bersedia menukarkan asas penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara mingguan.

“Ini bermakna kaedah penetapan harga secara bulanan di bawah Mekanisme Harga Automatik (APM) akan digantikan dengan penetapan harga jualan runcit secara mingguan dalam keadaan harga minyak dunia menurun.

“Penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara mingguan akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2019 bagi membolehkan pengguna menikmati perubahan harga yang lebih cepat selaras dengan perubahan harga petroleum di pasaran dunia.

“Justeru, harga runcit produk petroleum dijangka turun mulai 1 Januari 2019 dan sekiranya trend penurunan harga minyak sedunia berterusan, maka harga minyak runcit akan diturunkan setiap minggu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bermula 7 Jun lalu, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing pada paras RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter.

Guan Eng berkata, timbul persoalan apa akan berlaku jika harga minyak dunia naik semula kerana ia akan memperlihatkan kenaikan harga minyak runcit yang akan turut naik setiap minggu.

Katanya, dalam keadaan itu, kenaikan harga minyak runcit akan dikawal dan dihadkan kepada RM2.20 seliter untuk RON95 dan RM2.18 untuk diesel.

“Pengekalan harga ini adalah sehingga pelaksanaan pemberian subsidi petrol RON95 secara bersasar dilaksanakan pada 2019.

“Ini selaras dengan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Pakatan Harapan (PH) untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membolehkan rakyat menerima faedah penurunan harga minyak tetapi membantu golongan B40 dengan subsidi bersasar apabila harga minyak naik,” katanya. -Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13960

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13125

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news