FUJIAN, CHINA – Hajat nak baiki mesin basuh semi auto yang rosak berakhir dengan kepala seorang lelaki tersangkut di dalam ruangan pengering pakaian.
Difahamkan, mangsa cuba melihat ke dalam untuk memeriksa punca kerosakan mesin itu, namun gagal mengeluarkan kepalanya.
Lapor NetEase, ketika mangsa membuat pemeriksaan mesin tersebut, mesin tersebut belum ditutup suisnya. Mujur rakan serumah menyedari kejadian itu, lalu bertindak menutup suis dan cuba mengeluarkan kepala mangsa namun gagal.
Setelah puas bergelak ketawa akan kejadian yang menimpan rakan serumah mereka itu, lalu mereka menghubungi pihak bomba untuk menyelamatkan mangsa.
Bomba tiba di lokasi kejadian cuba mengeluarkan kepala mangsa, namun gagal. Setelah mengambil kira keselamatan mangsa, bomba mengambil keputusan untuk membaraikan mesin basuh itu.
Mangsa akhirnya berjaya diselamatkan.
Sumber: The Reporter