Penjawat awam Selangor terima bantuan khas sebulan gaji sempena Aidilfitri 0 5772

SHAH ALAM, 17 Mei (Bernama) — Seramai 19,244 penjawat awam Selangor akan menikmati bantuan khas kewangan sebanyak satu bulan gaji sempena perayaan Aidilfitri, bulan hadapan.

Menteri Besar Amirudin Shari berkata selain itu, seramai 739 kakitangan persekutuan yang berkhidmat di Selangor akan turut menerima bantuan khas itu berjumlah RM1,000 seorang.

“Bantuan khas kewangan ini kita panggil Insentif Mahabbah Selangor yang mana peruntukan bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM33.84 juta.

“Bantuan khas kewangan akan dibayar serentak pada 7 Jun nanti,” katanya ketika berucap pada Majlis Rapat Ramadan Penjawat Awam bersama Menteri Besar Selangor di sini, hari ini.

Menurutnya, bantuan khas kewangan satu bulan gaji juga akan diberikan kepada kakitangan beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor serta organisasi strategik negeri, membabitkan seramai 1,521 orang.

Antara agensi itu ialah Universiti Selangor (Unisel), Yayasan Hijrah Selangor, Tourism Selangor, Invest Selangor dan Yayasan Warisan Anak Selangor dengan melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM5.621 juta.

Amirudin berkata menerusi Insentif Mahabbah Ramadan, kerajaan negeri turut mengagihkan bantuan khas kewangan kepada 2,053 surau dan 390 masjid di seluruh negeri, membabitkan peruntukan RM4.17 juta.

“Petugas kariah masjid terdiri daripada nazir, imam satu dan imam dua, bilal satu dan dua serta siak satu dan dua akan menerima setiap seorang RM400.

“Petugas surau pula yang terdiri daripada pengerusi surau, imam satu dan imam dua, seorang bilal dan seorang siak surau akan menerima setiap seorang RM300,” katanya.

Sementara itu, Amirudin berkata kerajaan negeri turut memuktamadkan untuk memberikan penjawat awam Selangor, bantuan khas kewangan pada akhir tahun.

Katanya, bantuan khas sebanyak dua bulan gaji itu akan diberikan berdasarkan pencapaian prestasi ketua jabatan negeri.

— BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13007

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12480

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news