Hukuman cuci tandas, kutip sampah bakal dipertimbang ke atas pesalah rokok 0 6287

PUTRAJAYA: Hukuman kerja sosial seperti membersihkan tandas, memungut sampah dan memotong rumput sedang dipertimbangkan bagi pesalah peraturan larangan merokok di tempat awam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

“Hukuman denda akan membuat orang berfikir kalau ada duit boleh buat kesalahan. Jadi, saya melihat kepada hukuman kerja sosial ini dengan teliti,” katanya yang berpendapat hukuman kerja sosial lebih efektif.

Berucap pada majlis perjumpaan bulanan kementeriannya di sini hari ini, Dr Dzulkefly turut mengingatkan warga kerja Kementerian Kesihatan (KKM) supaya menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat dengan menghormati perintah larangan merokok berkenaan di premis KKM dan di tempat awam.
Sambil berseloroh, beliau yang menyifatkan peratus warga KKM yang masih merokok sebagai ‘rahsia besar’ di kementerian, dan terpaksa menerima hakikat ada warga kementeriannya sendiri tidak dapat berhenti daripada tabiat merokok.

Bermula 1 Jan 2019, peraturan larangan merokok dikuatkuasakan di semua restoran dan warung sama ada yang bertutup, berhawa dingin mahupun yang berkonsep terbuka termasuk di tepi jalan.

Perokok yang ditahan di kawasan larangan akan didenda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Tempoh aktiviti penguatkuasaan pendidikan bagi pewartaan tempat makan sebagai kawasan larangan merokok pada awalnya ditetapkan selama enam bulan kemudiannya dilanjutkan sehingga akhir Disember ini.

Menurut Dr Dzulkefly, 129,180 premis sudah diperiksa sehingga kini dengan notis amaran larangan merokok sudah dikeluarkan mencecah 30,698.

— BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12979

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12259

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news