Hutang negara kini lebih RM1 trilion – Dr M 0 5573


Hutang negara kini sudah mencecah angka lebih RM1 trilion berbanding hanya RM300 bilion sebelum ini, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita dapati kewangan negara umpannya telah dicabul dengan begitu besar sehingga sekarang ini kini menghadapi masalah penyelesaian hutang yang meningkat kepada trilion ringgit.

“Ini tidak pernah dilakukan oleh kita,” katanya dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya hari ini.

Ini adalah perhimpunan pertama beliau selepas mengambil alih tapuk kepimpinan negara dari pendahulunya Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Mahathir berkata, peningkatan ketara hutang itu menyebabkan kesukaran pembayaran balik.

Beliau justeru menggesa penjawat awam bekerjasama dengan pentadbiran sekarang untuk mengurangkan hutang tersebut.

Jumlah hutang negara yang diketengahkan Mahathir itu jauh lebih tinggi daripada yang dinyatakan oleh pentadbiran BN sebelum ini.

Kementerian Kewangan di era Najib merekodkan jumlah hutang negara sebanyak RM687.43 bilion setakat September 2017.

Awal bulan ini, The Edge Financial Daily melaporkan hutang kerajaan meningkat sekitar 10 peratus setahun dari RM266.72 bilion pada 2007 kepada RM687.43 bilion pada September 2017, susulan perbelanjaan berlebihan.

Harian kewangan itu telah memberi amaran hutang negara akan lebih RM1 trilion menjelang 2021 jika purata peningkatan kekal 10 peratus.

Mahathir berikrar mengurangkan perbelanjaan kerajaan selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri sekali lagi, 10 Mei lalu. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15423

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8421

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news