Ibu tunggal bersama anak lelaki antara yang ditahan positif syabu di Miri 0 6347

MIRI: Seorang ibu tunggal bersama dua orang anak lelakinya adalah antara lapan individu ditahan kerana positif dadah syabu dalam satu operasi bersepadu antidadah bersama RELA Miri yang dijalankan di tiga lokasi di bandar raya Miri.

Ibu tunggal berumur 43 tahun yang mempunyai lapan orang anak itu ditahan bersama dengan teman lelakinya berumur 27 tahun, dua anak lelakinya masing-masing berumur 18 dan 24 tahun dan seorang lelaki berusia 20 tahun yang juga rakan kepada anak lelaki ibu tunggal tersebut di sebuah rumah sewa di sini.

Operasi yang diketuai oleh en mazlan jikran selaku ketua daerah AADK Miri berjaya menahan 8 individu yang berusia lingkungan 18 hingga 43 tahun yang dijalankan di kawasan taman tungku, taman ceria dan permyjaya tudan serta kampung pujut padang kerbau dengan operasi bermula 8. 00 malam hingga 12.30 pagi kesemua saspek didapati positif dadah Jenis SYABU @ METH.


“Kesemua yang ditahan disiasat di bawah seksyen 3 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan jika disabitkan kesalahan oleh mahkamah akan diperintahkan menjalani rawatan serta pemulihan di pusat pemulihan selama dua tahun atau di bawah perintah pengawasan tidak lebih tiga tahun,”

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13174

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12637

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news