IMARET berlepas ke Sulawesi bantu mangsa gempa 0 6199

KUALA LUMPUR: Tiga sukarelawan Pasukan Tindakan dan Kebajikan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) berlepas ke Makkasar malam tadi untuk membantu mangsa gempa di Palu, Sulawesi, Indonesia.

Tiga sukarelawan, termasuk dua doktor itu, berlepas ke Jakarta melalui penerbangan Air Asia jam 11.55 malam sebelum meneruskan perjalanan ke Makkasar.

Kumpulan pertama sukarelawan IMARET tersebut akan bekerjasama dengan Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI) dan bertindak sebagai “forward medical team” untuk membantu ribuan mangsa terjejas.

Koordinator IMARET, Dr Ahmad Munawar Helmi berkata pasukan pertama itu juga akan menilai situasi di lapangan dan membantu mengenalpasti keperluan logistik bagi misi kemanusiaan di Palu.

“Laporan awal di lapangan mendapati anggaran 1,200 kes trauma diterima pos BSMI setiap hari. Keadaan memang kritikal,” katanya kepada Bernama di sini.

Sukarelawan perubatan itu menjadi kumpulan pertama dari Malaysia yang dihantar ke Sulawesi susulan gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Ricther yang melanda Palu dan Donggala pada Jumaat lalu.

Bencana yang turut menyaksikan ombak tsunami setinggi enam meter setakat ini mengorbankan lebih 1,200 nyawa, 48,000 lagi hilang tempat tinggal selain kemusnahan harta benda.

Laporan media pula mengatakan lebih 191,000 mangsa memerlukan bantuan kecemasan segera.

Pihak yang ingin menyumbang kepada misi kemanusiaan IMARET boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM): 8600703709 (Swift code: CTBBMYKL) dengan label rujukan “Sulawesi”.– BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13959

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13124

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news