Indonesia Lakukan Tuntutan Ke Atas Popia di Hadapan Kedutaan Malaysia 0 6679

Sudah menjadi kebiasaan untuk rakyat Indonesia menyatakan apa yang dilakukan oleh Malaysia adalah berasal dari budaya dan hak mereka.

Terbaru, satu protes yang dianjurkan oleh Forum Masyarakat Peduli Budaya Indonesia, Formasbudi telah melakukan himpunan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta bagi menuntut kuih popia atau lunpia di Indonesia sebagai milik asal Indonesia dan Malaysia dilarang untuk melakukan sebarang tuntutan terhadapnya.

Himpunan yang diberi nama Save Lunpia itu dihadiri puluhan peserta dan menurut Koordinator Formasbudi, Rahmulyo Adiwibowo, langkah ini diambil untuk menegaskan popiah sebagai warisan budaya nasional Indonesia dan menghalang Malaysia dari mendakwa makanan itu berasal dari negara kita.

“Kerajaan Indonesia perlu mengambil langkah awal agar popia tidak diambil Malaysia. Caranya adalah dengan menetapkan popia sebagai warisan budaya nasional.

“Jangan sampai popia menerima nasib seperti batik, wayang dan lagu Rasa Sayang. Pemerintah perlu mengambil langkah pencefahan”, jelasnya.

Mereka juga mendakwa bahawa Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia telah menetapkan popia sebagai warisan budaya nasional pada 17 Oktober 2014.

Seorang lelaki Cina yang bernama Tjoa Thay Joe dikatakan telah mengasaskan popia pada tahun 1870 yang menetap di Semarang. – OH! Media

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13957

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13121

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news