Ingat kenyalang, lupakan dancing 0 5845

MIRI: Pengundi tidak harus keliru antara logo Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan logo Barisan Nasional (BN) kerana Sarawak tidak lagi bernaung di bawah BN.

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata rakyat Sarawak harus memahami bahawa kesemua empat parti komponen terbesar di Sarawak bersimbolkan burung kenyalang.

“Kesemua ahli GPS harus memberi pendedahan dan penerangan kepada pengundi bahawa Sarawak tidak lagi di bawah BN sebaliknya berlogokan burung kenyalang sebagai simbol di atas kertas undi nanti,” katanya semasa melancarkan logo GPS di pejabat SUPP Senadin pagi semalam.

Lee tidak mahu pengundi tercari-cari lagi lambang dacing pada kertas undi sedangkan Sarawak kini mempunyai logo baharu GPS bersimbolkan burung kenyalang.

GPS membabitkan gabungan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP).

Pelancaran itu katanya, untuk mendedahkan kepada umum logo rasmi GPS bagi persediaan awal berdepan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) pada 2021.

Logo GPS berlambangkan burung kenyalang berwarna merah dan hitam selain berlatar belakang warna putih itu, pastinya kelihatan ‘janggal’ bagi penyokong tegar parti berasaskan tempatan.

Bagaimanapun, pastinya dalam tempoh berbaki tiga tahun ini, gabungan parti terbabit akan bertindak agresif mempromosikan logo parti mereka.

“Kita sedang rancak menerangkan logo GPS yang juga memiliki slogan ‘Utamakan Sarawak’ dengan erti kata lain kita berjuang untuk mempertahankan semua hak Sarawak yang terhakis,” tegasnya.

Sementara itu, warna merah melambangkan kedaulatan perlembagaan termasuk hak memelihara undang-undang negeri dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Putih mencerminkan keadilan dan kesaksamaan serta kedaulatan undang-undang, manakala hitam pula melambangkan simbol tunjang kekuatan gabungan parti komponen dalam GPS.

Pada 12 Jun 2018, keempat-empat parti komponen BN Sarawak bertindak keluar BN selepas BN tumbang sebagai kerajaan pusat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Mei tahun lalu.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau Datuk Sebastian Ting, Datuk Bandar Miri Adam Yii dan Timbalannya Julaihi Mohamad serta wakil-wakil parti komponen GPS. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13432

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12903

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news