Inkubator untuk wanita akan dibina di Kota Samarahan 0 6527

KUCHING: Sebuah pusat inkubator khas untuk wanita akan dibina di Kota Samarahan dalam usaha kerajaan Sarawak memperkasakan sosioekonomi golongan itu di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pembinaan pusat inkubator itu dilaksanakan di bawah Kementeri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) dengan peruntukan yang dianggarkan sebanyak RM5 juta.

“Saya memberi peruntukan khas kepada wanita untuk menubuhkan satu inkubator di Kota Samarahan.

“Dan inkubator ini adalah untuk wanita menggunakan kaedah baharu menerusi teknologi dalam memasarkan produk yang dihasilkan mereka,” katanya pada perasmian Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2019 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Mengulas lanjut perkara itu, Abang Johari berkata, inkubator itu akan digunakan untuk industri kotej, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang diusahakan oleh wanita untuk membantu memperluaskan pasaran produk mereka.

Malah katanya, ia juga boleh dijadikan pusat pengumpulan bagi produk yang dihasilkan oleh usahawan wanita selain platform latihan untuk golongan tersebut.

“Era sudah berubah, sudah tentu pendekatan yang kita bawa untuk menaik taraf dan memperkasakan wanita hendaklah menggunakan satu pendekatan yang lebih fokus dan dapat memberi kesan yang baik dari sudut status sosioekonomi wanita itu sendiri.

“Sebab itu, saya pada tahun lepas berbincang dengan menteri (Dato Sri Fatimah Abdullah) supaya kita adakah Modal Teroka yang bermula dengan RM500,000 dan alhamdulillah, hari ini kita lihat ada latihan diberikan kepada wanita supaya mereka mempunyai beberapa latihan dan kepakaran yang akan menjadi kekuatan yang boleh memberi kesan ekonomi kepada mereka,” jelasnya.

Sehubungan itu, tegasnya, untuk tahun ini kerajaan negeri akan memperuntukkan RM1 juta bagi Modal Teroka ini bagi membantu lebih ramai usahawan wanita di Sarawak.

Pada masa sama, Abang Johari turut kagum dengan inisiatif KWKPK yang mewujudkan sistem aplikasi pintar ePrenuers Wanita sebagai platform mempromosi dan pemasaran produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh usahawan wanita di negeri ini.

“Inilah cara baharu bagi membantu mereka menembusi pasaran luar kerana saya lihat wanita juga fasih dengan penggunaan teknologi selain aktif dalam media sosial,” ujarnya.

Terdahulu, Fatimah dalam ucapannya menggesa agar majikan perlu melihat taska di tempat kerja sebagai satu sistem sokongan yang sangat wajar diwujudkan bagi membantu golongan wanita berkeluarga yang bekerja.

Dedahnya, mengambil contoh jumlah guru wanita di Sarawak kini seramai 20,104 orang dan di Jabatan Kesihatan Negeri pula mencecah 15,171 orang.

“Cabaran timbul apabila mereka ini berkahwin dan mempunyai anak. Malah ada yang terpaksa berhenti kerja kerana sukar untuk mencari tempat yang menyediakan perkhidmatan menjaga anak mereka,” jelasnya.

Hadir sama Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Rosey Yunus dan tetamu kehormat lain. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13957

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13121

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news