Isi pembelian pesawat Diamond, See Chee How ke SPRM esok 0 5622

KUCHING: ADUN Batu Lintang See Chee How dijangka hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin ini berhubung isu pembelian pesawat peninjau udara, DA42M-NG Diamond.

Malah katanya, beliau mungkin membuat aduan mengenai pembelian pesawat pengawasan udara yang canggih itu jika perlu kerana mendakwa harganya yang dianggap terlalu tinggi.“Saya tidak tahu sama ada Jabatan Audit Negara dan Sarawak telah mengaudit pembelian pesawat ini.

“Saya juga tidak mengetahui sama ada SPRM telah mengambil kognisi atau notis laporan akhbar sebelum ini dan membuka fail ke atasnya untuk menjalankan siasatan yang diperlukan.Jika perlu, saya akan membuat aduan untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis berhubung pembelian pesawat peninjau, DA42M-NG Diamond yang digunakan Jabatan Hutan Sarawak (JHS) di Pusat Sehenti Polis di sini, semalam.Tujuan laporan polis tersebut dibuat agar satu siasatan polis dapat dijalankan mengenai sama ada terdapat individu atau syarikat swasta terlibat dalam transaksi pembelian pesawat itu.

Tambah See yang juga Naib Pengerusi PKR Sarawak, hasil kajian mendapati kerajaan membayar jumlah yang agak besar bagi pesawat buatan Austria tersebut yang diintegrasikan bersama teknologi pencerapan hiperspektral.“Bagi model pelbagai rangkaian untuk pesawat Diamond seperti yang dicadangkan menteri sebelum ini, ia adalah antara RM3.5 juta hingga RM6 juta.“Maka itu saya menyeru kepada Jabatan Audit sebelum ini untuk mengaudit pembelian pesawat ini yang dikatakan berharga RM35 juta,”katanya.

Sebelum ini, pada Oktober tahun lepas, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika itu Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar mengumumkan bahawa Sarawak akan menjadi yang pertama di negara ini untuk memiliki pesawat peninjau seumpama itu.Beliau berkata, pesawat bernilai RM35 juta itu akan dihantar kepada kerajaan Sarawak untuk digunakan JHS membuat pemantauan serta dan mengekang aktiviti curi balak di Sarawak sejurus selepas butiran akhir mengenai penyelenggaraan pesawat yang sesuai dengan keperluan negara telah dipersetujui dengan pengeluarnya.

Model pesawat misi khas empat tempat duduk itu dikonfigurasi untuk pengawasan udara selain tujuan pemetaan dan ia dapat memuatkan dua juruteknik dan dua juruterbang dalam setiap misi. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15418

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news