Isu tanah dengan tauke besar, penduduk Kampung Tambirat minta SPRM siasat JTS dan polis 0 6398

KUCHING: Krisis tanah di Kampung Tambirat, Asajaya antara penduduk perkampungan Melayu terbabit dengan tauke-tauke besar kebanyakannya dari Sibu, yang berlaku sejak 33 tahun lalu kini berulang walaupun sudah diselesaikan di mahkamah.

Salah seorang pemilik tanah terbabit selaku jurucakap penduduk, Ahmad Awang Ali berkata mereka sudah memenangi empat kes tuntutan pemilikan ke atas tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) seluas 408 ekar itu di mahkamah sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya syarikat Tong Tai Sdn Bhd yang dimiliki seramai 20 orang tauke besar terbabit kini datang menceroboh semula tanah berkenaan, dengan memusnahkan tanaman termasuk kelapa sawit penduduk.

Ekoran tindakan syarikat terbabit, pemilik-pemilik tanah berkenaan telah tampil membuat hampir 10 laporan polis di Balai Polis Asajaya dan Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Samarahan sejak beberapa minggu lepas namun sehingga hari ini, tiada tindakan diambil.

Sebaliknya, mereka digertak oleh pekerja syarikat tersebut supaya tidak mengganggu atau menentang tauke mereka.

Malah, syarikat itu terus berani melakukan kerja pembersihan di tanah berkenaan kerana mendakwa mendapat kebenaran daripada Jabatan Tanah dan Survei (JTS) dan juga pihak keselamatan.

“Mereka (syarikat Tong Tai) menuntut tanah ini kerana memiliki surat hak milik sedangkan mereka sudah empat kali kalah di mahkamah.

“Ini bermakna, surat hak milik tanah mereka itu sudah tamat tempoh atau tidak sah lagi,” katanya ketika ditemu-bual selepas membuat laporan di pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini.

Menurut Ahmad yang juga Pengerusi NCR Right Defender for Samarahan, tujuannya bersama dua lagi pemilik tanah membuat laporan kepada SPRM adalah supaya menyiasat sekiranya ada unsur rasuah di peringkat JTS dan pihak keselamatan yang terlibat. – SuaraSarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13925

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13085

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news