Chong Wei belum bersedia jadi jurulatih 0 5821

IPOH: Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berkata beliau belum bersedia menerima tawaran menjadi jurulatih skuad kebangsaan dalam masa terdekat ini dan sebaliknya, ketika ini mahu meluangkan masa bersama keluarga, dan melakukan kerja kebajikan.

“Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ada beri tawaran, tetapi buat sementara ini saya mahu menghabiskan masa untuk keluarga … dalam masa setahun ini, saya mahu fokus kepada apa yang saya boleh buat melalui kerja kebajikan, serta menjadi ‘chef-de-mission’ (CDM) negara pada Sukan Olimpik Tokyo 2020,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas sesi ‘Temu Mesra bersama Wira Badminton Malaysia’ di Akademi Badminton Datuk Wira Lee Chong Wei, di sini hari ini.

“Masih banyak yang saya perlu belajar untuk jadi CDM ini, dulu saya atlet, sekarang saya pegawai dan saya perlu melihat atlet-atlet lain, selain daripada sukan badminton,” katanya.

Pada 13 Jun lepas, Chong Wei mengumumkan persaraan selepas 19 tahun mencurah keringat mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Chong Wei, bekas pemain nombor satu dunia, mendambakan 19 tahun hidupnya sebagai pemain badminton profesional, dan menempa nama dalam sukan itu sebagai antara jaguh dunia yang disegani.

Antara pencapaian Chong Wei adalah memenangi pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga kali, pada edisi Beijing 2008, London 2012 dan Rio de Janeiro 2016.

Kali terakhir Chong Wei merangkul kejuaraan adalah pada saingan Terbuka Malaysia 2018, yang menjadi gelaran ke-12 dalam kerjayanya. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12981

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12261

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news