Jabatan Kehakiman AS saman Google 0 5347

Jabatan Kehakiman AS saman Google

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman antipesaingan terhadap Google kerana secara tidak sah ‘mengekalkan monopoli dalam perkhidmatan pasaran carian dan carian iklan’ pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua.

Saman terhadap syarikat yang beribu pejabat di California itu difailkan di Mahkamah Daerah Columbia. Seramai tujuh pendakwa raya negeri menyertai jabatan itu sebagai plaintif kes berkenaan.

Sebagai sebuah syarikat terkaya di planet ini dengan nilai pasaran sebanyak US$1 trilion, Google dimiliki Alphabet Inc., menjadi pengawal gerbang monopoli kepada internet untuk berbilion pengguna dan terlalu banyak pengiklan seluruh dunia, menurut jabatan itu.

Sejak bertahun-tahun, Google menguasai hampir 90 peratus carian di Amerika dan ‘menggunakan taktik antipersaingan untuk mengekal dan mengukuhkan monopolinya dalam aplikasi carian dan carian iklan’.

Pengadu mendakwa Google secara tidak sah mengekalkan monopoli dalam aplikasi carian dan carian iklan dengan menandatangani perjanjian eksklusif melarang penyediaan perkhidmatan carian sudah sedia dimuat turun lain dan membuat perjanjian jangka panjang dengan Apple supaya menjadikan Google sebagai aplikasi asal.

Menurut jabatan itu, gergasi teknologi itu menggunakan keuntungan hasil monopoli untuk membeli perkakasan lain bagi peranti enjin carian pada peranti, pelayar laman web dan akses carian lain, ‘mewujudkan kitaran monopoli kendiri dan berterusan’.

“Hari ini, jutaan warga Amerika bergantung kepada Internet dan pentas dalam talian untuk urusan kehidupan seharian. Persaingan dalam industri ini amat penting dan mengapa saman terhadap Google – pengawal gedung internet – hari ini amat penting kerana melanggar undang-undang antipersaingan, kes amat penting buat Jabatan Kehakiman dan rakyat Amerika,” kata Peguam Negara, William Barr.

Sementara itu, jurucakap Google yang dipetik CNBC berkata, saman itu ‘amat cacat’ dan berhujah, orang ramai menggunakan Google sebab mereka yang memilih, bukan disebabkan mereka dipaksa atau disebabkan mereka tiada pilihan lain.

– Bernama – Malaysia Kini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13115

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news