Penunggang maut, motosikal bergesel kereta 0 5360

Penunggang maut, motosikal bergesel kereta

SIMUNJAN: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan kereta di Kampung Sungai Nibong, Jalan Sungai Ladong, di sini, 5.45 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu, berkata mangsa, Mohammad Nor Azizi Fauzi, 20, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Simunjan.

Beliau berkata, adik ipar Mohammad Nor, Nur Shuhada Samsul, 15, yang membonceng pula cedera di kaki dan tangan serta dirujuk ke Hospital Umum Sarawak di Kuching untuk rawatan lanjut.

Katanya, pemandu dan dua penumpang kereta tidak cedera.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan adik iparnya dalam perjalanan dari Kampung Sungai Ladong menghala ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simunjan.

“Kereta yang dinaiki tiga lelaki dari arah Kampung Kesindu ke Kuching cuba memotong lori membawa muatan buah kelapa sawit.

“Motosikal yang ditunggang mangsa datang dari arah bertentangan, lalu bergesel dengan kereta terbabit,” katanya.

Alexson berkata, akibat pergeselan itu, motosikal mangsa terbabas dan merempuh batu penanda jarak.

“Lampu hadapan motosikal mangsa tidak berfungsi menyebabkan pemandu kereta yang berusia 27 tahun itu tidak perasan kehadiran motosikal dari arah bertentangan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Berita Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13857

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13026

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news