Jajaran Telok Melano-Sematan siap, hanya boleh dilalui selepas diwartakan 0 6700

KUCHING: Lebuhraya Pan Borneo jajaran Telok Melano-Sematan sepanjang 32.77 kilometer yang siap dibina pada Jumaat hanya boleh dilalui selepas ia diwartakan sebagai jalan Persekutuan.

Menurut Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan dalam satu kenyataan hari ini, setakat ini hanya kenderaan yang dibenarkan sahaja boleh menggunakan jajaran tersebut.

“Perkembangan ini sudah tentu memberi rasa tidak sabar kepada pengguna jalan raya untuk merasai pengalaman memandu di Lebuhraya Pan Borneo.

“Namun orang awam diminta untuk tidak menggunakan jalan ini sehinggalah ianya diwarta dan pembukaan mengenainya diumum secara rasmi,” katanya.

Justeru, Kementerian berharap agar orang ramai mematuhi arahan sehingga lebuh raya itu dirasmikan kelak.

“Tindakan akan diambil ke atas kenderaan awam yang didapati tidak mematuhi,” katanya lagi. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13897

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13059

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news