Jawatankuasa khas kaji kedudukan Jakim 0 5606

PUTRAJAYA – Satu jawatankuasa khas yang dianggotai oleh golongan ulama dan tidak mempunyai latar belakang dalam bidang agama akan ditubuhkan bagi membincangkan kedudukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kumpulan tersebut akan berbincang sama ada peranan Jakim dikekalkan atau pun dibubarkan sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab untuk memelihara agama Islam di negara ini.

β€œKita akan menentukan bahawa Islam yang diamalkan di negara ini tidak digambarkan sebagai zalim, keras dan tidak bertimbang rasa dan ini bukanlah agama Islam kerana banyak larangan dalam Islam tidak diamalkan kita.

β€œSebaliknya kita fikir cara lain yang tidak datang daripada Islam yang kononnya menunjukkan Islam sebuah agama yang keras dalam pelaksanaannya dan perkataan lain kita lebih suka memaksa daripada ajaran Islam sedangkan dalam al-Quran tiada paksaan dalam Islam,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Antara yang hadir pada mesyuarat Kabinet ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam pada itu, Perdana Menteri ketika ditanya mengenai desakan untuk membubarkan Biro Tata Negara (BTN), beliau menjelaskan, perkara tersebut masih lagi dalam kajian kerajaan. – K! ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15420

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news