Keadaan hujan ribut di Arafah malam tadi. Foto oleh AFP
ARAFAH – Tabung Haji memaklumkan semua jemaah haji Malaysia berada dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan susulan hujan lebat dan ribut di sini malam tadi.
Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dalam satu kenyataan memaklumkan, pemeriksaan menyeluruh telah dilaksanakan di setiap maktab dan terdapat beberapa khemah jemaah haji Malaysia mengalami kerosakan.
Namun jelasnya, khemah-khemah berkenaan kini dalam proses baik pulih oleh pihak Muassasah Asia Tenggara,.
“Bekalan eletrik disambung semula secara berperingkat mulai pukul 10:45 malam,” ujar beliau.
Ribut di Arafah bermula pukul 6:30 petang sehingga 8 malam (waktu Arab Saudi). – Bernama