Jerebu di Sarawak: Operasi pembenihan awan dijalankan di beberapa kawasan esok 0 6186

KUCHING: Operasi pembenihan awan menggunakan pesawat Hercules C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan dijalankan di beberapa kawasan tumpuan di Sarawak, esok.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan hari ini, memberitahu operasi itu akan menumpukan beberapa kawasan termasuk Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sarikei dan Kapit.

Ia susulan daripada mesyuarat koordinasi bagi Operasi Pembenihan Awan di Sarawak antara JPBN bersama Jabatan Meteorologi Malaysia yang diadakan di Pejabat Meteorologi Kuching di sini, hari ini.

Sementara itu, pembancuhan air garam turut dilakukan pada hari yang sama yang diadakan bertempat di Pangkalan Udara TUDM Kuching sekitar pukul 8.30 pagi.

Ia melibatkan seramai 78 anggota terdiri daripada pelbagai agensi terdiri daripada 20 orang daripadanya dari Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seramai 29 anggota, Lembaga Air Sarawak (19 orang), Jabatan Meteorologi (lima orang) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) lima orang.

Mesyuarat dipengerusikan Timbalan Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Sarawak, Siniarovina Urban itu dihadiri Timbalan Pengarah APM Sarawak Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra; Ketua Sekretariat JBPN Sarawak, Mejar Ismail Mahedin; Pemangku Komander TUDM Kuching, Leftenan Kolonel Khir Alaudin; Timbalan Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Sarawak, Wong Ding Hook; dan wakil Lembaga Air Sarawak, Alias Achilleus Abdullah. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13010

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news