Jual dadah di sebalik perniagaan runcit, lelaki Kenyah ditahan di Long Lama 0 6110

MARUDI: Berselindung di sebalik perniagaan runcit, seorang lelaki tumpas apabila helahnya menjual dadah jenis syabu terbongkar pada Sabtu lalu.

Helah lelaki Kenyah berusia 37 tahun itu berjaya dihidu pasukan siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Negeri, yang akhirnya membawa kepada serbuan pada jam 3 petang.

Ketua Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Sahar Abdul Latif berkata, serbuan dilakukan susulan maklumat risikan di rumah tidak bernombor di Jalan Merpati, Kampung Kayan, Long Lama di sini.

Ketika ditahan, suspek sedang berbaring di atas katil di dalam bilik tidur pertama sebelah kiri rumah.

“Pasukan serbuan kemudian telah merampas satu beg silang berwarna hitam jenama Arrow pada badan suspek.

“Apabila dibuka dan diperiksa, didapati di dalamnya terdapat paket plastik lut sinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah syabu seberat 50.75 gram.

Turut ditemui dua paket plastik lut sinar, yang masing-masing terdapat 30 paket plastik lut sinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah syabu seberat 44.45 gram dan satu paket plastik lut sinar, yang berisi 89 keratan tiub straw berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah syabu, seberat 11.90 gram.

Suspek kata Sahar, kemudian segera ditangkap dan dimaklumkan akan kesalahannya sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Miri untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan awal kita mendapati rumah tersebut adalah milik suspek dan dia tinggal bersama-sama anak bininya.

“Suspek bergiat aktif dalam pengedaran dadah secara runcit sejak setahun yang lalu,” katanya lagi.

Suspek yang tiada rekod jenayah juga diuji posifif dadah jenis Methaphetamine.

Kata Sahar lagi, anggaran kasar nilai dadah yang dirampas adalah sekitar RM25 ribu.

“Turut dirampas seutas rantai emas dan loket bernilai lebih RM10 ribu selain wang tunai bercampur-campur RM1828.

Kes disiasat di bawah Sekyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. — Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15390

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8417

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news