Kabinet Pakatan Harapan, Kabinet Malaya kata Yong 0 5699

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee menyifatkan kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang baru dibentuk bersifat ‘berpusatkan Malaya.’

“Penjelasan yang diberikan dari Kuala Lumpur ialah Sabah dan Sarawak akan diikut sertakan dalam kumpulan kedua lantikan menteri,” kata Yong yang juga Pengerusi Parti Progresif Sabah seperti dipetik Borneo Post, edisi Sabah.

“Maksudnya, Malaya akan bentuk kabinet dahulu, kemudian baru Borneo diikut serta,” jelasnya.

Menurutnya, ini ialah cerminan peranga minda 1957 dan 1963 – Malaya dibentuk dulu, barulah Sabah dan Sarawak sertainya kemudian.

“Ini bukan konsep status sama rata seperti dijanjikan Pakatan Harapan atau Barisan Nasional untuk Sabah dan Sarawak,” kata Yong lagi dalam akhbar itu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dipercayai akan melantik menteri dari Sarawak dan Sabah dalam beberapa hari lagi untuk melengkapkan kabinet 25 orang.

Pada pilihan raya umum (PRU) lalu Pakatan Harapan memenangi 121 daripada 222 kerusi Parlimen yang menyaksikan Barisan Nasional tumbang untuk pertama kali sejak 61 tahun memerintah.

Pada PRU lalu, tambah Yong, PH pasti tidak dapat menang tanpa sokongan 26 Anggota Parlimen, daripada 56 Anggota Parlimen di Borneo.

“Jika tidak kerana PH/Warisan di Sabah dan Sarawak, Najib tentu masih jadi PM, Anwar masih di penjara, dan Dr Mahathir sebagai ketua pembangkang,” tambahnya seperti dipetik akhbar itu.

Datuk Seri Najib Razak ialah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR, dipenjara di Sungai Buloh, manakala Tun Mahathir ialah Pengerusi PH, ketika Barisan Nasional memerintah.

“Pemimpin PKR, DAP dan Warisan tak dapat menyuarakan isi hati rakyat Sabah dan Sarawak kerana mereka tak mahu menyinggung perasaan ‘boss’ mereka di Kuala Lumpur,” dakwa Yong.

Dalam Teras 4 Manifesto PH menjelang PRU lalu, ia berjanji untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak berteraskan Perjanjian Malaysia 1963. — Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15423

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8421

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news