Kajian buktikan monyet jadi lebih bijak selepas disuntik gen manusia 0 6400

SEKUMPULAN saintis di China menyuntik gen manusia ke dalam otak monyet dalam satu eksperimen yang pertama kali dijalankan baru-baru ini sekaligus menjadikan mereka lebih bijak.

Penyelidik di Institut Zoologi Kunming di China menanam gen MCPH1, iaitu gen yang memainkan peranan penting dalam perkembangan otak manusia.

Enam monyet berkenaan mati, manakala lima lagi hidup dan menunjukkan peningkatan dalam ujian memori yang dilakukan.

Malah, masa yang diambil untuk memberi reaksi adalah lebih cepat berbanding monyet yang tidak disuntik gen berkenaan.

“Ini adalah percubaan pertama untuk memahami evolusi kognisi manusia menggunakan model monyet transgenik,” ujar pakar genetik, Bing Su.

Kajian itu diterbitkan dalam jurnal National Science Review pada 27 Mac lalu.

Ia bagaimanapun menerima kecaman daripada sebilangan saintis lain yang menyifatkan ia sebagai tidak beretika. – Mirror.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13010

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news