Kakitangan bank dipercayai pecah amanah duit masjid 0 5736

SIBU: Seorang kakitangan sebuah bank di sini disyaki melakukan pecah amanah melibatkan wang berjumlah lebih RM70,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superintenden Martin Koo berkata, satu laporan polis telah diterima pihaknya kelmarin.

Menurut beliau, pengurus bank selaku pengadu telah dimaklumkan oleh bendahari sebuah masjid di Sibu tentang kejanggalan transaksi wang yang didepositkan ke akaun milik jawatankuasa masjid tersebut bagi tempoh 2017 hingga Mac 2019.

“Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Sibu sedang menjalankan siasatan terperinci kes ini,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Martin berkata, siasatan lanjut yang dijalankan ke atas rekod penyata kewangan jawatankuasa masjid itu mendapati transaksi kemasukan wang telah dikendalikan oleh kakitangan bank berkenaan (suspek).

Katanya, pengadu telah membuat pemeriksaan ke atas slip deposit kemasukan wang pihak jawatankuasa masjid dan mendapati amaun yang dicatatkan adalah berbeza dengan rekod penyata akaun milik jawatankuasa masjid itu.

“Siasatan mendapati 21 keping slip kemasukan wang tunai telah direkodkan dalam transaksi penyata jawatankuasa masjid bagi tempoh 2017 hingga Mac 2019.

“Suspek telah dimanahkan menerima wang daripada pihak jawatankuasa masjid dan dipercayai melakukan penyelewengan dengan mengkreditkan amaun yang berbeza pada slip deposit kemasukan wang dengan jumlah kerugian dicatatkan berjumlah RM70,467.50 susulan siasatan dalaman dijalankan pihak bank,” jelasnya lanjut.

Martin berkata, wang tersebut dipercayai digunakan suspek bagi tujuan peribadi tanpa pengetahuan mana-mana pihak.

“Suspek diamanahkan menerima wang simpanan pelanggan dan dipercayai menggunakan wang yang diterima untuk kepentingan peribadi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah,” tambah beliau.

Tiada tangkapan dibuat setakat semalam – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12983

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12363

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news