Kota Samarahan: Malang menimpa seorang kanak-kanak berusia 2 tahun apabila cedera dibahagian muka dan dan telinga setelah diserang oleh seekor anjing kepunyaan jiran di Muara Park pagi semalam.
Menurut ibu mangsa,kejadian berlaku sekitar ham 11.40 pagi dan secara tiba-tiba anjing milik jiran tersebut telah memasuk kawasan rumah dan telah dihalau oleh anak perempuannya. Namun secara tiba-tiba anjing tersebut bertindak agresif lalu menyerang dengan mengigit mangsa.
Susulan daripada insiden tersebut menyebabkan muka dan telinga kanak-kanak tersebut cedera. Setakat ini kanak-kanak tersebut telah dihantar ke Hospital untuk tindakan selanjutnya. – Kamek Miak Sarawak.