Terjun dari tingkat selepas minum, lelaki maut di Miri 0 6275

MIRI: Seorang lelaki maut setelah dipercayai terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan kedai di kawasan Mosjaya di sini, awal pagi kelmarin.

Menurut sumber, kejadian melibatkan mangsa berusia 34 tahun itu berlaku sekitar jam 1.20 pagi.

“Pihak keluarga telah menghantar mangsa ke Hospital Miri dan pegawai perubatan bertugas mengesahkan mangsa meninggal dunia kira-kira jam 6.20 pagi.

“Mangsa dipercayai mengalami kecederaan retak tengkorak kepala dan mengalami pendarahan teruk,” kata sumber.

Sumber berkata sebelum kejadian berlaku, mangsa dipercayai sedang minum bersama sepupunya di bilik sewa di tingkat tersebut.

“Ketika kejadian, sepupu mangsa yang hendak ke tandas melihat mangsa berkelakuan pelik sambil berjalan ke arah ampaian baju.

“Sepupunya cuba menarik mangsa namun tidak sempat kerana mangsa tidak berbaju,” katanya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12932

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12218

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news