Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia selepas jatuh Sungai di Bintulu 0 6267

Bintulu: Seorang kanak-kanak lelaki Raymond Machan Anak Elizabeth Gandu berusia dua tahun meninggal dunia setelah jatuh dari Sungai di Batu 2 Jalan Sultan Iskandar petang tadi.

Menurut info awal mangsa dikatakan bermain seorang diri di atas jeti dan dikatakan telah terjatuh ke dalam sungai.

Mangsa dikatakan telah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sungai oleh ahli keluarga mangsa sebelum ketibaan pihak Bomba.

Susulan daripada kejadian Mangsa telah diserahkan kepada unit Emrs untuk mendapatkan rawatan awal dan terus dibawa ke Hospital Bintulu.

Namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Bintulu pada sekitar jam 3 petang tadi – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13218

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12679

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news