Kanak-kanak lelaki tahan sakit, besi senapang ikan tercucuk pada lutut 0 6401

SONG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun terpaksa menahan kesakitan selepas besi senapang ikan tercucuk pada bahagian lututnya, hari ini.

Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan dari Klinik Kesihatan Song berhubung kejadian itu pada pukul 5.53 petang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota bomba kemudian bergegas ke klinik berkenaan untuk melakukan khidmat khas memotong besi pada lutut kiri mangsa.

Katanya, apabila tiba di klinik pasukan bomba mendapati sebatang besi senapang ikan masih tercucuk di lututnya.

“Pasukan bomba kemudian bertindak memotong besi berkenaan menggunakan peralatan khas.

“Selepas itu, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kapit untuk rawatan susulan,” katanya di sini malam ini.

Jurucakap sama menambah, operasi tamat sepenuhnya kira-kira setengah jam kemudian. — DayakDaily

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12985

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12366

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news