Kanak-kanak maut akibat dilanggar semasa berbasikal 0 6065

KUCHING: Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas terlibat kemalangan di Jalan Tun Razak, di sini malam Selasa.

Mangsa dikenali sebagai Ramis Sari Rinnie berusia sembilan tahun dan berasal dari RPR Bandar Baharu Semariang.

Difahamkan, semasa kejadian mangsa dikatakan menunggang basikal apabila dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan sebuah kereta yang kemudian melanggarnya iaitu kira-kira pukul 7.00 malam.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah kemudian dikejarkan ke Unit Kecemasan HUS setelah diberikan rawatan kecemasan oleh anggota paramedik di tempat kejadian.

Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7.45 malam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu mengesahkan kejadian tersebut.

Siasatan lanjut polis masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13914

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13072

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news