Bajet 2019: Sarawak harap lebih banyak peruntukan baiki sekolah daif 0 6229

Sarawak berharap untuk mendapat lebih banyak peruntukan untuk menambah baik infrastruktur pendidikan, khususnya untuk membaiki sekolah daif dan uzur di negeri ini dalam Belanjawan 2019 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat Jumaat ini.

Menteri Pendidikan, Sains dan Teknologi Sarawak Datuk Seri Michael Manyin Jawong berkata pendidikan yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan, patut memberi keutamaan untuk membaiki sekolah daif, penempatan semula sekolah yang sering dilanda banjir dan membina atau menaik taraf sekolah berpusat untuk menggantikan sekolah kurang pelajar di negeri ini.

“Diharapkan dalam Belanjawan 2019, wang akan diberikan kepada Sarawak untuk membaiki sekolah daif, serta sekolah berpusat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini selepas majlis penyampaian bantuan kerajaan negeri kepada sekolah-sekolah yang terjejas banjir.

Manyin berkata kini terdapat 1,020 sekolah daif di negeri ini dengan 415 buah daripada sekolah itu dikategorikan sebagai amat daif.

Selain sekolah daif, katanya usaha juga perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah di 651 buah sekolah yang kurang pelajar di negeri ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Manyin berkata kerajaan negeri akan menggantikan perabot dan peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang rosak akibat banjir di 53 sekolah, masing-masing melibatkan kos RM2 juta dan RM1 juta.

“Nilai keseluruhan bantuan kepada sekolah yang terjejas banjir di seluruh Sarawak pada 2018 dianggarkan RM4 juta,” katanya.

Pada majlis itu, Manyin turut menyampaikan bantuan kerajaan negeri sebanyak RM522,300 bagi peralatan bukan ICT kepada wakil 10 sekolah di Miri, Limbang, Tatau dan Sebauh yang terjejas banjir pada tahun ini.

Beliau turut menyampaikan sumbangan orang ramai sebanyak RM112,600 yang dikumpulkan oleh kerajaan negeri dan Jabatan Pendidikan untuk mangsa kebakaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bungan di Mulu Baram pada 25 Julai yang turut meragut nyawa guru Catherine Janet Tiwi, 25 dan mengakibatkan dua guru wanita cedera parah.

Dana itu diserahkan kepada Ketua Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Omar Mahli untuk diagihkan kepada mangsa kebakaran berkenaan.

– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12983

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12363

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news