Kapal tangki cuba seludup Diesel bernilai RM450 ribu ditahan di Miri 0 6312

MIRI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya mematahkan cubaan sebuah kapal tangki minyak untuk menyeludup minyak diesel bernilai RM450,000 di perairan Miri semalam.

Pengarah APMM Miri Kapt Maritim Md Fauzi Othman berkata, kapal tangki yang membawa muatan 250,000 liter minyak dengan nombor pendaftaran TESAI 3 ditahan tiga batu nautika dari Tanjung Lobang pada 12.50 tengah hari.

β€œTiga kru kapal ditahan iaitu seorang lelaki rakyat tempatan serta dua lelaki warga India berumur 25 dan 35 tahun untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di Miri.

Md Fauzi berkata, hasil pemeriksaan mendapati kru kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan muatan minyak yang dibawa oleh kapal tersebut.

β€œKapal tangki tersebut disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952/1960, Akta Kastam 1967 dan Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.-BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15224

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news