Karim: Di manakah letaknya kesetiaan Chong kepada Sarawak? 0 5875

KUCHING: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen disifatkan sanggup membelakangi Sarawak hanya kerana mahu mengampu ‘bos’ di Semenanjung Malaysia, kata Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau sedih melihat pemimpin itu yang sebelum ini begitu kuat melaungkan kata-kata semangat berjuang untuk Sarawak tetapi selepas dilantik menjadi Timbalan Menteri Persekutuan, Chong sudah bertukar arah.

“Chong sanggup membelakangi negeri sendiri dengan mengatakan hanya parti nasional iaitu PH mampu membuat perubahan kepada Sarawak dan bukannya parti tempatan seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Di manakah letaknya kesetiaan Chong kepada Sarawak? Adakah perubahan prasarana dan landskap Sarawak selama ini dibuat oleh parti-parti dari Malaya atau oleh parti-parti yang lahir dari Sarawak?…Tak perlu lah nak mengangkat dan mengampu bos seperti Lim Guan Eng sehingga sanggup mengecilkan kemampuan parti-parti dan pemimpin-pemimpin negeri sebagai tidak berkemampuan,” kata Abdul Karim kepada Utusan Borneo hari ini.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan itu mengingatkan Chong bahawa pembangunan Malaysia dan Semenanjung Malaysia kebanyakannya datang dari hasil bumi Sarawak.

“Tanpa sumber asli Sarawak berkemungkinan kita tidak melihat bangunan berkembar Petronas, Putrajaya, Lebuhraya Utara Selatan, Lapangan Terbang Atarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan banyak lagi,” ujarnya.

Tambahan pula, katanya, janji-janji Chong sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sampai sekarang pun belum tertunai lagi dan sekarang sanggup membuat anggapan yang kurang manis terhadap parti dan pemimpin tempatan.

“Dimanakah janji 20 peratus royalti minyak? Dimanakah 50 peratus cukai yang dikutip di Sarawak yang dijanji akan dikembalikan ke negeri ini?, ” soal beliau.

Sementara itu, Chong yang juga Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak dalam ucapannya pada malam Ahad berkata, perubahan ke arah kerajaan negeri lebih baik yang hendak dilakukan di Sarawak memerlukan parti pemerintah di peringkat persekutuan.

Oleh itu, katanya, PH mampu membawa perubahan itu berbanding parti tempatan seperti GPS yang tidak mampu berbuat demikian. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13007

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12480

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news