Kaunter pertanyaan SST akan dibuka mulai 2 Okt 0 5732

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangandengan kerjasama Jabatan Kastam DirajaMalaysia (JKDM) akan membuka kaunter pertanyaan berkaitan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mulai 2 Oktober ini di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan, Kelana Jaya.

Langkah itu bertujuan memudahkan pihakberkepentingan daripada pelbagai sektor perdagangan dan industri memberikan sebarang maklum balas mahupun aduan berkaitan pelaksanaan SST.Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kaunter pertanyaan tersebut akan beroperasi setiap minggu, Isnin sehingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 1 petang.

“Sebanyak 10 kios dan 12 kaunter akan beroperasi sepanjang waktu ini. Kita juga telah melantik dua pegawai dari Pejabat Menteri Kewangan untuk menangani sebarang aduan serta mengambil pandangan dan pertanyaan sepanjang kaunter ini dibuka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dua pegawai itu ialah akauntan bertauliah, Datuk Ooi Kok Seng serta bekas Ketua Pegawai Kewangan syarikat antarabangsa, Toh Yen Kee.Kedua-dua pegawai khas ini akan berada di kaunter pertanyaan tersebut untuk membantu orang awam sehingga bilangan aduan berkurangan, katanya.Setakat ini, 18 sesi taklimat soal jawab SST diadakan di seluruh negara yang dihadiri lebih 15,000 peserta.

Setelah menerima maklum balas daripada mereka, Kementerian Kewanganbersama JKDM juga memutuskan untuk menurunkan kadar cukai SST daripada 10peratus kepada lima peratus untuk tayar pneumatik dan motosikal elektrik.– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13005

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12478

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news