Kecoh netizen sarung beg tiru Neelofa 0 6243

Gambar kiri dimuat naik Neelofa pada 29 Ogos lalu lagi dan gambar kanan yang disunting oleh peminat yang kreatif.

AKSI Neelofa yang menggayakan turban menyerupai beg tangan  kini menjadi tular apabila pengguna media sosial tampil menunjukkan kreativiti mempersenda penampilan artis popular berkenaan.

Netizen memuat naik gambar masing-masing meniru gaya turban dipakai pengacara dan usahawan terkenal itu dengan menggunakan beg sebenar yang mempunyai tali dan memakainya di kepala.

Usikan nakal warga alam maya bermula gara-gara Neelofa berkongsi satu imej yang memaparkannya mengenakan turban bagi mempromosi kerjasamanya dengan sebuah jenama beg di akaun Instagram miliknya.

Namun imej berkenaan telah dimuat naik pada 29 Ogos lalu lagi.

Bagaimanapun, gambar berkenaan mula menjadi tular sejak semalam selepas muncul pihak yang menyunting gambar turban dipakai pengacara program MeleTop itu dengan menambahkan tali pada bahagian bawah untuk menjadikannya menyerupai sebuah beg bertali.

Namun, si empunya badan memang tidak mudah melatah, apatah lagi memberi reaksi terhadap perkara remeh-temeh.

Melalui kemas kini di Instagram (IG) semalam, Neelofa berkongsi gambarnya ketika menjejakkan kaki di Paris, Perancis bagi menghadiri Minggu Fesyen Paris untuk sebuah fesyen berjenama mewah. – Sinar Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15390

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8417

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news