Keluarga Najib mohon sumbangan tabung 0 8405

SHAH ALAM – “Jika tak keterlaluan, sudilah jika ada kalangan saudara dan saudari yang ingin membantu dengan turut menyumbang ke tabung ini,” luah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perkongsiannya di laman sosial Facebook, di sini, tadi.

Najib berkata, anaknya, Nooryana Najwa dengan kerjasama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bernama Gerakan Belia Sejagat menubuhkan sebuah tabung,dalam usaha mereka untuk menolong beliau.

Menurutnya, selain itu, tabung berkenaan juga adalah untuk mempertahankan aktivis-aktivis pengkritik kerajaan yang kini menerima tekanan dan tindasan dari pihak kerajaan untuk menutup mulut mereka.

“Ini termasuklah seorang yang kini disaman oleh Syabas kerana pernah mengeluarkan kenyataan yang mengkritik kerajaan Selangor kerana perkhidmatan air di sana sering putus dan mungkin memberi kesan kepada kesihatan orang ramai.

“Secara jujurnya, kami mengalami tekanan kewangan akibat kos guaman dan ikat jamin yang tinggi,” katanya.

Najib berkata, setakat ini, pihaknya memperoleh pertolongan dari sahabat terdekat dan saudara-mara yang tampil ke depan untuk menolong.

“…tetapi jika boleh, kami tidak mahu membebankan mereka lagi. Jika tak keterlaluan, sudilah jika ada kalangan saudara dan saudari yang ingin membantu dengan turut menyumbang ke tabung ini,” katanya.

Namun menurutnya, jika ada keutamaan lain yang mengikat kewangan penyumbang, beliau menasihatkan untuk mengutamakan perkara itu dahulu.

“Apapun, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kami sekeluarga,” katanya.

Terdahulu dalam perkongsian status Yana Najwa, telah dikongsikan satu kenyataan dari Datuk Mohd Razlan Mohd Rafii yang merupakan Sekretariat Tabung Solidariti DSN & Keluarga 2.0.

Menurut kenyataan berkenaan, pihaknya kini dalam usaha untuk membantu dgn mengwujudkan satu Tabung Solidariti 2.0 DSN untuk membantu kewangan bagi meringankan beban bekas perdana menteri dan keluarga bagi perbelanjaan kos guaman dan ikat jamin yang telah mencecah jutaan ringgit (anggaran RM7 juta).

“Tabung ini juga akan digunakan untuk membela aktivis-aktivis yang mengalami tekanan ataupun tindasan dari kerajaan kerana kerja mereka yang mengkritik kerajaan.

“Kami memohon jasa baik semua untuk memberi sumbangan semampu yang boleh untuk kita sama-sama membantu beliau sekeluarga,” katanya.

Mohd Razlan berkata, diharap masyarakat dapat menunjukkan solidariti membantu mantan bekas perdana menteri Malaysia yang telah banyak berjasa kepada negara.

“Ia juga boleh memberi keberanian dan sokongan untuk bersuara kepada aktivis-aktivis lain yang mengkritik kerajaan demi prinsip semak dan imbang yang sangat penting dalam sesuatu demokrasi seperti negara kita.

“Semoga sumbangan anda sebagai rakyat Malaysia yg masih menyayangi DS Najib dan menghargai prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara akan memberi kekuatan dan sokongan moral kepada beliau, keluarga dan aktivis-aktivis pra-demokrasi untuk menghadapi dugaan ini,” katanya. – Sinar Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13116

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news