Salem Iklim meninggal dunia 0 7779

PENYANYI popular, Saleem, meninggal dunia pada 6.15 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur.

Perkara ini disahkan oleh isterinya Juriah@Julia Bachok kepada Harian Metro.

Saleem atau nama sebenarnya Am Saleem Abd Majeed, 56, dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), hospital itu selepas kemalangan motosikal pada 20 September lalu.

Dalam kejadian di Kilometer (km) 16, Lebuhraya Grand Saga itu, 12 tulang rusuk Saleem patah termasuk satu daripadanya tertusuk paru-paru.

Kemalangan berlaku pada 3.20 petang apabila Saleem yang menunggang motosikal dari arah Kajang menghala ke Cheras dilaporkan terbabit kemalangan dengan kereta dari arah laluan yang sama berhampiran Plaza Tol Batu 11, Kajang.K

etika kejadian, pemandu kereta dilaporkan cuba membelok ke kiri untuk masuk ke susur pejabat Grand Saga di Plaza Tol Batu 11, sebelum sisi kiri bahagian hadapan keretanya dirempuh oleh motosikal SALEEM. – Harian Metro

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13156

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12626

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news